Rempeyek Berempah Rangup

Rempeyek Berempah Rangup

RM24.00

Kuih yang berasal dari Jawa ini kini telah menjadi makanan harian bagi setiap golongan rakyat Malaysia. Rempeyek berempah yang rangup ini datang dalam 4 jenis “topping”:

  1. Kacang Tanah (Kacang Tanah + Ikan Bilis)
  2. Ikan Bilis
  3. Kacang Dhal
  4. Tumpi

Setiap bungkus mengandungi 50 keping rempeyek.

Untuk penghantaran sekitar Kuala Lumpur sahaja. Ia mudah hancur. Tidak sesuai untuk penghantaran melalui pos atau servis “courier”.

Clear
Sold By Mona Azwa Report Abuse

Report an abuse for product Rempeyek Berempah Rangup

SKU: MAARPYK Category: Tags: , , , , , , , , ,

Maklumat Produk

Rempeyek Berempah ini sememangnya semakin mendapat tempat dikalangan warga Malaysia. Jika dahulu ia hanya disukai oleh golongan kejawaan, kini tidak lagi. Rempeyek rangup berempah ini menjadi salah satu makanan ringan kegemaran orang ramai.

Rempeyek Rempah Collage 795x416

Kenapa Rempeyek Berempah Edaran Anggun Muslimah?

Dah banyak jenis rempeyek sudah kami rasa sendiri. Tiada yang setanding dengan Rempeyek Berempah yang kami edarkan ini.

Kami pilih kasih kot? Mungkin juga. Kerana sudah lebih 10 tahun kami mengedarkan rempeyek ini ke seluruh Lembah Kelang.

Dalam 10 tahun ini, mungkin ada dua atau tiga sahaja produk rempeyek yang kami rasa setanding dengan Rempeyek Berempah ini.

Kerangupannya serta rasa rempahnya yang nyata dan secukup rasa. Sekali anda masukkan sekeping ke dalam mulut anda, pastinya anda tidak akan berhenti sehingga ke cebisan terakhir di dalam balang.

Rempeyek berempah yang mana menjadi pilihan anda?

Rempeyek Kacang Tanah

Sepanjang Anggun Muslimah bergiat di dalam pemasaran produk Rempeyek, kami mendapati, Rempeyek Kacang Tanah menjadi pilihan utama penggemar rempeyek. Rempeyek Kacang Tanah yang Anggun Muslimah pasarkan sememangnya dari kualiti yang tinggi.

Sekiranya anda berminat untuk merasai kerangupan rempeyek kacang tanah kami, biar kami berikan amaran awal. 😀

Sekali tudung balang rempeyek kacang tanah kami anda buka, ia tidak mudah untuk ditutup kembali. Ada kemungkinan tinggi, ia hanya akan ditutup apabila semua isinya telah hilang entah ke mana.. 😀

Dari pengalaman kami.. Satu balang memang tak cukup. Dua balang pun belum tentu lagi cukup. Rata rata, pelanggan kami akan beli 3 balang ke atas. Baru lah puas makan, kata mereka lah.

Bagi yang lebih berminat untuk membuat sendiri rempeyek kacang tanah, kami cadangkan anda cuba dengan resipi rempeyek kacang tanah ini.

Rempeyek Ikan Bilis

Rempeyek Ikan Bilis juga turut menjadi kegemaran. Walau tidak digilai seperti Rempeyek Kacang Tanah, ia juga antara produk Anggun Muslimah yang laju.

Dari apa yang kami nampak, peminat rempeyek ikan bilis ini akan hanya menempah ikan bilis sahaja. Mereka tidak akan mencampurkan tempahan mereka.

Masing masing ada pilihan masing masing. Secara peribadi, kami lebih meminati kacang tanah, namun bila balang rempeyek ikan bilis dibuka, ia pun sukar untuk ditutup semula. 😀

 

(Visited 418 times, 1 visits today)

Questions and Answers

You are not logged in