Bangkit Cheese

Bangkit Cheese

RM26.00RM38.00

Homemade Biskut Bangkit Cheese yang cair di dalam mulut. Sekali dah masuk mulut, confirm tak boleh nak berhenti mengunyah.

80 keping setiap balang (Besar). Memang puaslah sekali hadap satu balang. 😀

InsyaAllah dan Terima Kasih

 

Clear
Sold By Mona Azwa Report Abuse

Report an abuse for product Bangkit Cheese

SKU: BKTCHS Category: Tags: , , , , ,

Maklumat Produk

Bangkit Cheese kini menjadi salah satu kuih pilihan ramai. Tahun tahun kebelakangan ini, kuih bangkit cheese ini menjadi antara kuih paling banyak permintaannya dalam kedai online kami. Lebih lebih lagi ketika musim raya.

Bangkit Cheese Collage 795x416

Mungkinkah sebab ianya seperti M&M – cair di dalam mulut? Atau apakah kerana ianya mempunyai cheese maka ianya turut laku macam pisang goreng cheese juga?

Walau apa pun sebabnya, kami menjangkakan yang Biskut Bangkit Cheese ini akan sekali lagi menjadi pilihan ramai musim raya 2017 ini.

Sekiranya anda jenis yang suka membuat kuih sendiri. Kami sediakan resepi untuk membuat Bangkit Cheese anda sendiri.

Resepi Biskut Bangkit Cheese

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biskut bangkit cheese yang enak ini.

  • 150gram margarine
  • 400 gram tepung sagu – disanggai selama 10 minit
  • 100 gram gula aising
  • 100 gram keju cheedar – diparut
  • 1 biji telur
  • 30 gram susu tepung
  • 75 gram santan pekat
  • 1/2sudu kecil garam

Cara Membuatnya:

  • Campurkan margarine, gula halus dan garam.
  • Pukul ke semua bahan tersebut sehingga sebati dan kembang hingga kembang.
  • Kemudian masukkan telur dan santan, gaul sehingga sebati.
  • Masukan keju dan kacau rata.
  • Tambahkan tepung sagu dan susu tepung, kacau sehingga rata.
  • Kemudian bolehlah masukkan ke dalam plastik segita dan potong hujungnya.
  • Picit adunan tersebut mengikut bentuk yang anda sukai di atas loyang.
  • Agar kelihatan lebih menarik, sapukan sedikit kuning telur di ats permukaan biskut dan taburkan parutan keju di atas setiap biskut.
  • Kemudian bakar dengan suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit atau sehingga masak.

Resepi ini diambil dari: Women Online Magazine

Bagi yang tidak mempunyai masa untuk membuat sendiri, bolehlah tempah Biskut Bangkit Cheese ini dari website kami ini. Tekan jer butang “Add To Cart” di atas tuh.

90 keping setiap balang. Memang puas lah makan.. Kalau tak puas makan sebalang, boleh lah tambah sebalang dua lagi. Kalau nak lagi best, boleh juga tambah dengan sebalang Biskut Badam Homemade kami. 😀

Untuk menjamin penghantaran sebelum hari raya, ada baiknya anda membuat tempahan awal.

(Visited 2,809 times, 2 visits today)

Questions and Answers

You are not logged in