Biskut Badam Homemade

Biskut Badam Homemade

RM35.00

Homemade Biskut Badam tangkap leleh. Sekali rasa tak boleh berhenti makan.

50 keping setiap balang

In stock

Name Range Discount
Qty 2 - 4 5 %
Qty 5 - 9 7 %
Qty 10 - 999 10 %
Sold By Mona Azwa Report Abuse

Report an abuse for product Biskut Badam Homemade

SKU: MAABADAM Category: Tags: , , , ,

Maklumat Produk

Saban tahun, Biskut Badam Homemade edaran Anggun Muslimah ini menjadi salah satu dari biskut yang terlaris di waktu Hari Raya. Sekarang, ianya tidak lagi hanya dibuat ketika raya. Biskut ini boleh dinikmati sepanjang tahun.

Biskut Badam Homemade Collage 795x416

Homemade Biskut Badam ini dibuat sendiri di rumah. Biskut ini semestinya sedap. Tak sedap, kami tak promote. Kandungannya mewah dengan kacang badam. Bukan kategori biskut bajet!

Nak buat sendiri? Tiada masalah. Kami kongsikan resepinya di sini.

Resepi ini menghasilkan lebih kurang 45 – 50 keping biskut badam. Masa penyediaan adalah dalam 30 – 45 minit.

Bahan Bahan Biskut Badam

  • 375g mentega (1 1/2 cawan mentega)
  • 1 cawan gula halus (nak kurangkan pun boleh)
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan badam hancur (serbuk badam)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak bersama-sama)
  • Hiasan – 2 biji kuning telur dan badam dicincang halus

Cara Penyediaan Biskut Badam Homemade

  1. Pukul mentega dan gula + kuning telur dan esen. Gaulkan campuran ini sehingga sebati.
  2. Masukkan badam hancur, tepung jagung dan tepung gandum. Kemudian uli sehingga menjadi doh yang lembut dan gebu.
  3. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan pilihan. Tiada acuan? Guna tangan pun boleh.
  4. Letakkan di atas loyang dan sapukan kuning telur di permukaan biskut.
  5. Taburkan sedikit badam yang telah dicincang halus tadi.
  6. Bakar selama 15 minit atau sehingga masak – suhu oven pada 180°C.

Lebih suka tengok video dari membaca? Kami kongsikan video dari TryMasak ini bersama anda. Saksikan.

Buat sendiri boleh. Beli sahaja dari kami pun boleh. Apa yang penting? Anda dapat menikmati kelazatan biskut badam ini. Rasakan kenikmatannya bila biskut badam ini seakan akan cair di dalam mulut anda. Sekali rasa, tentunya anda akan terperangkap. Sedar sedar, dah habis sebalang dah anda kerjakan. 😀

Sebalang memang tak cukup. Dua balang pun belum tentu cukup lagi. Sesuai jika anda campurkan juga dengan sebalang dua Kuih Bangkit Cheese kami.

Haaa.. tunggu apa lagi? Kami dah tak sabar nak hantar Biskut Badam Homemade ini kepada anda. So, berapa balang yang perlu kami hantarkan kepada anda untuk musim raya tahun ini? 😀

(Visited 580 times, 3 visits today)

Questions and Answers

You are not logged in