Biskut Badam Homemade
RM36.00
Homemade Biskut Badam tangkap leleh. Sekali rasa tak boleh berhenti makan.
50 keping biskut badam setiap balang
In stock
Maklumat Produk
Saban tahun, Biskut Badam Homemade edaran Anggun Muslimah ini menjadi salah satu dari biskut yang terlaris di waktu Hari Raya. Sekarang, ianya tidak lagi hanya dibuat ketika raya. Biskut ini boleh dinikmati sepanjang tahun.
Homemade Biskut Badam ini dibuat sendiri di rumah. Biskut ini semestinya sedap. Tak sedap, kami tak promote. Kandungannya mewah dengan kacang badam. Bukan kategori biskut bajet!
Harga Biskut Badam Hari Raya 2019
Seperti tahun tahun sudah, permintaan Biskut Badam Homemade Anggun Muslimah ini meningkat di musim Hari Raya. Sempena musim Hari Raya 2019 ini, Anggun Muslimah menawarkan diskaun Pre Raya.
Buatlah tempahan awal (sebelum 6hb Mei, 2019). Anda akan mendapatkan Biskut Badam Homemade kami pada harga Istimewa.
Harga Biskut Badam Homemade Anggun Muslimah untuk Pre Raya 2019 adalah RM32 sahaja.
Buat Biskut Badam Sendiri
Nak buat sendiri? Tiada masalah. Kami kongsikan resepinya di sini.
Resepi ini menghasilkan lebih kurang 45 – 50 keping biskut badam. Masa penyediaan adalah dalam 30 – 45 minit.
Bahan Bahan Biskut Badam
- 375g mentega (1 1/2 cawan mentega)
- 1 cawan gula halus (nak kurangkan pun boleh)
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan badam hancur (serbuk badam)
- 2 cawan tepung jagung
- 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak bersama-sama)
- Hiasan – 2 biji kuning telur dan badam dicincang halus
Cara Penyediaan Biskut Badam Homemade
- Pukul mentega dan gula + kuning telur dan esen. Gaulkan campuran ini sehingga sebati.
- Masukkan badam hancur, tepung jagung dan tepung gandum. Kemudian uli sehingga menjadi doh yang lembut dan gebu.
- Canaikan doh dan terap menggunakan acuan pilihan. Tiada acuan? Guna tangan pun boleh.
- Letakkan di atas loyang dan sapukan kuning telur di permukaan biskut.
- Taburkan sedikit badam yang telah dicincang halus tadi.
- Bakar selama 15 minit atau sehingga masak – suhu oven pada 180°C.
Lebih suka tengok video dari membaca? Kami kongsikan video dari TryMasak ini bersama anda. Saksikan.
Buat sendiri boleh. Beli sahaja dari kami pun boleh. Apa yang penting? Anda dapat menikmati kelazatan biskut badam ini. Rasakan kenikmatannya bila biskut badam ini seakan akan cair di dalam mulut anda. Sekali rasa, tentunya anda akan terperangkap. Sedar sedar, dah habis sebalang dah anda kerjakan. 😀
Sebalang memang tak cukup. Dua balang pun belum tentu cukup lagi. Sesuai jika anda campurkan juga dengan sebalang dua Kuih Bangkit Cheese kami.
Haaa.. tunggu apa lagi? Kami dah tak sabar nak hantar Biskut Badam Homemade ini kepada anda. So, berapa balang yang perlu kami hantarkan kepada anda untuk musim raya tahun ini? 😀