Salah satu cabaran bagi mereka yang suka buat kek dan kuih tentunya ketika hendak asingkan kuning telur. Hahaha.. Tak la mencabar sangat. Cuma ianya kerja yang sangat remeh dan boleh jadi selekeh.
Apa kata sekiranya kami kongsikan bersama anda semua, satu cara pantas dan bersih untuk mengasingkan kuning telur ketika memasak.
Bahan bahan yang diperlukan:
- Beberapa biji telur ayam
- Pinggan
- Botol air mineral yang kosong
Saksikan video ini:
Ada cara yang lebih pantas dan menarik untuk asingkan kuning telur?
Kongsikan bersama kami dan para pembaca lain.