+60193767551 [email protected]

Surah Al-Imran Ayat 26 – 27 Doa Mudah Selesaikan Hutang

Surah Al-Imran 26-27 Doa Mudah Selesaikan Hutang

Sebagai seorang Islam, sekiranya kita ada hutang, maka adalah wajib untuk kita cari jalan untuk selesaikan hutang tersebut. Sekiranya kita cari di Google keyword “selesai hutang”, kita akan berjumpa dengan pelbagai teknik teknik pengurusan wang yang boleh membantu dalam usaha kita menjadi bebas hutang.

Ya, teknik teknik pengurusan kewangan itu penting. Ianya memberikan kita langkah langkah yang terfokus untuk kita selesaikan hutang kita “Satu Persatu”.

Amalan Sunnah Harian Doa Mudah Selesaikan Hutang

Namun, sebagai seorang muslim, kita juga perlu mengambil iktibar dan panduan dari peninggalan Rasulullah (saw).

Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani dengan sanad yang jayyid dlm Bab Doa, Muaz r.a.pernah mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi lalu mengajarkannya ayat yang perlu beliau amalkan. Berikut adalah doa mudah selesaikan hutang yang Rasulullah (saw) ajarkan.

[video_lightbox_youtube video_id=”LTFycglOQMQ&rel=0″ width=1080 height=608 anchor=”https://lh5.googleusercontent.com/-Sg9JaF9NGbo/VJ-FLiATyvI/AAAAAAAA93w/ZenEd0iZIM0/s795/videocover-doaselesaihutang-1200×627.jpg”]

Berikut riwayat berkenaan ayat di atas.

“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah s.a.w. menegur Sayidina Muaz Bin Jabal r.a, selesai berjemaah Zuhur.

“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah dihalangi oleh seorang kaum Yahudi. Aku dikurung dirumahnya dan tidak dibenarkan ke mana-mana,” jawab Sayidina Muaz dengan panjang lebarnya.

“Kenapa?”

“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz terusterang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”

Rasul tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saydina Muaz berkata, ” Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

“Mahu, mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saydina bersungguh-sungguh.

Rasulullah s.a.w. pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus beramal membaca dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu. Sehingga Saydina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.

Berkat daripada kata-kata Rasulullah tersebut, akhirnya Sayidina Muaz telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya. Kejayaannya itu membolehkan dia melunaskan semua hutangnya.

Begitulah kisah hebatnya panduan yang ditinggalkan oleh junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Kita hanya perlu berlapang dada dan beramal dengan apa yang beliau ajarkan.

Sekiranya ada di antara kita yang menghadapi masalah hutang, amalkanlah dua potong ayat ini setiap hari. Kongsikan ia kepada kenalan kita yang lain juga ya.

InsyaAllah.