+60193767551 [email protected]
asmaulhusna-brownish-1200x720.jpg

Asma Ul Husna – 99 Nama Allah

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.”

~ Sahih Bukhari[1]

Asma Ul Husna merupakan 99 nama Allah yang terbaik yang sesuai dengan sifat sifatNya. Terdapat beberapa dalil di dalam Al-Quran yang menyebut berkenaan Asma Ul Husna. Antaranya ialah:

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).”

~ (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

dan

Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu”
~ (Al-Quran.Surah Al Israa’: 110)

 99 Nama Allah dan Terjemahannya

الله

 Allah  Allah

الرحمن

 al Rahman  Maha Pemurah

 الرحيم

 al-Rahim  Maha Penyayang

 الملك

 al-Malik  Maha Merajai/Memerintah

 القدوس

 al-Quddus  Maha Suci

 السلام

 al-Salam  Maha Memberi Kesejahteraan

 المؤمن

 al-Mukmin  Yang Memberi Keamanan

 المهيمن

 al-Muhaimin  Maha Pemelihara

 العزيز

 al-Aziz  Maha Gagah

 الجبار

 al-Jabbar  Maha Perkasa

 المتكبر

 al-Mutakabbir  Maha Megah

 الخالق

 al-Khaliq  Maha Pencipta

 البارئ

 al-Bari’  Yang Melepaskan

 المصور

 al-Musawwir  Yang Membentuk Rupa

 الغفار

 al-Ghaffar  Maha Pengampun

 القهار

 al-Qahhar  Yang Memaksa

 الوهاب

 al-Wahhab  Maha Pemberi Kurnia

 الرزاق

 al-Razzaq  Maha Pemberi Rezeki

 الفتاح

 al-Fattah  Maha Pembuka Rahmat

 العليم

 al-Alim  Maha Mengetahui

 القابض

 al-Qabid  Yang Menyempitkan

 الباسط

 al-Basit  Yang Melapangkan

 الخافض

 al-Khafid  Yang Merendahkan

 الرافع

 al-Rafi’  Yang Meninggikan

 المعز

 al-Muiz  Yang Memuliakan

 المذل

 al-Muzil  Yang Menghinakan

 السميع

 al-Sami’  Maha Mendengar

 البصير

 al-Basir  Maha Melihat

 الحكم

 al-Hakam  Maha Menetapkan

 العدل

 al-Adl  Maha Adil

 اللطيف

 al-Latif  Maha Lembut

 الخبير

 al-Khabir  Maha Mengetahui Rahasia

 الحليم

 al-Halim  Maha Penyantun

 العظيم

 al-Azim  Maha Agung

 الغفور

 al-Ghafur  Maha Pengampun

 الشكور

 al-Syakur  Maha Pembalas Budi

 العلى

 al-Ali  Maha Tinggi

 الكبير

 al-Kabir  Maha Besar

 الحفيظ

 al-Hafiz  Maha Menjaga

 المقيت

 al-Muqit  Maha Pemberi Kecukupan

 الحسيب

 al-Hasib  Maha Membuat Perhitungan

 الجليل

 al-Jalil  Maha Mulia

 الكريم

 al-Karim  Maha Pemurah

 الرقيب

 al-Raqib  Maha Mengawasi

 المجيب

 al-Mujib  Maha Mengabulkan

 الواسع

 al-Wasi’  Maha Luas

 الحكيم

 al-Hakim  Maha Bijaksana

 الودود

 al-Wadud  Maha Pencinta

 المجيد

 al-Majid  Maha Sempurna Kemuliaan-Nya

 الباعث

 al-Bais  Maha Membangkitkan

 الشهيد

 al-Syahid  Maha Menyaksikan

 الحق

 al-Haq  Maha Benar

 الوكيل

 al-Wakil  Maha Memelihara

 القوى

 al-Qawi  Maha Kuat

 المتين

 al-Matin  Maha Teguh

 الولى

 al-Wali  Maha Melindungi

 الحميد

 al-Hamid  Maha Terpuji

 المحصى

 al Muhsi  Maha Menghitung

 المبدئ

 al-Mubdi’  Maha Memulai

 المعيد

 al-Muid  Maha Mengembalikan Kehidupan

 المحيى

 al-Muhyi  Maha Menghidupkan

 المميت

 al-Mumit  Maha Mematikan

 الحي

 al-Hai  Maha Hidup

 القيوم

 al-Qayyum  Maha Mandiri

 الواجد

 al-Wajid  Maha Penemu

 الماجد

 al-Majid  Maha Mulia

 الواحد

 al-Wahid  Maha Esa

الأحد

al-Ahad  Maha Tunggal

 الصمد

 al-Samad  Tempat Meminta

 القادر

 al-Qadir  Maha Menentukan

 المقتدر

 al-Muqtadir  Maha Berkuasa

 المقدم

 al-Muqaddim  Maha Mendahulukan

 المؤخر

 al-Muakhir  Maha Mengakhirkan

 الأول

 al-Awwal  Maha Awal

 الأخر

 al-Akhir  Maha Akhir

 الظاهر

 al-Zahir  Maha Nyata

 الباطن

 al-Batin  Maha Ghaib

 الوالي

 al-Wali  Maha Memerintah

 المتعالي

 al-Mutaali  Maha Tinggi

 البر

 al-Bar  Maha Penderma

 التواب

 al-Tawwab  Maha Penerima Taubat

 المنتقم

 al-Muntaqim  Maha Penyiksa

 العفو

 al-Afu  Maha Pemaaf

 الرؤوف

 al-Rauf  Maha Pengasih

 مالك الملك

 Malik al-Mulk  Penguasa Kerajaan

 ذو الجلال و الإكرام

 Zu al-Jalal wa al-Ikram  Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan

 المقسط

 al-Muqsit  Maha Adil

 الجامع

 al-Jami’  Maha Mengumpulkan

 الغنى

 al-Ghani  Maha Memiliki Kecukupan/Kekayaan

 المغنى

 al-Mughni  Maha Pemberi Kecukupan/Kekayaan

 المانع

 al-Mani’  Maha Mencegah

 الضار

 al-Dar  Maha Memberi Derita

 النافع

 al-Nafi’  Maha Memberi Manfaat

 النور

 al-Nur  Maha Bercahaya

 الهادئ

 al-Hadi  Maha Pemberi Petunjuk

 البديع

 al-Badi’  Maha Pencipta

 الباقي

 al-Baqi  Maha Kekal

 الوارث

 al-Waris  Maha Pewaris

 الرشيد

 al-Rasyid  Maha Pandai

 الصبور

 al-Sabur  Maha Sabar

 Penggunaan Asma Ul Husna Dalam Nama Anak

Islam menggalakkan ibu bapa menamakan anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik dan cantik. Nama nama dalam Asma Ul Husna kerap menjadi pilihan untuk menamakan anak.

Namun, adalah disarankan agar tidak diambil nama dalam Asma Ul Husna ini secara bulat bulat seperti Al-Rahman. Sebaik baiknya, gunakan penambahan Abdul di hadapan nama tersebut seperti Abdul Rahman.

Video Asma Ul Husna

Pelbagai rakaman video bacaan Asma Ul Husna kini terdapat di YouTube. Di sini kami sertakan beberapa buah video bacaan Asma Ul Husna untuk panduan pembaca sekalian.

Gambar Gambar Asma Ul Husna

Berikut adalah beberapa paparan gambar Asma Ul Husna. Pilih salah satu yang anda suka dan “print” untuk kegunaan harian.

Asma Ul HusnaAsma Ul Husna

Asma Ul HusnaAsma Ul Husna

 

 

 

 

 

 

 

Sering kita baca tentang khasiat dan fadhilat setiap satu nama di dalam Asma Ul Husna ini. Namun, hasil carian awal yang kami lakukan, tidak menjumpakan dengan penulisan yang besertakan sumber rujukan bagi setiap khasiat dan fadhilat yang dinyatakan. Oleh itu kami berasa kurang selesa untuk turut meletakkannya di dalam post ini.

Sekiranya ada di antara pembaca yang mempunyai sumber rujukan dari mana datangnya penulisan berkenaan khasiat dan fadhilat Asma Ul Husna ini, sila kongsikan bersama kami.

Semoga sedikit perkongsian kami ini dapat memberi manafaat buat para pembaca Anggun Muslimah.

InsyaAllah