Khasiat Minyak Zaitun boleh dikatakan sangat menyeluruh. Ia merangkumi pelbagai bahagian tubuh manusia baik lelaki mahupun perempuan. Sekiranya anda ingin mengetahui segalanya tentang kebaikan yang terkandung dalam minyak zaitun, teruskan membaca.
Khasiat Minyak Zaitun Untuk Rambut
Kita mulakan dari atas terlebih dahulu, iaitu bahagian rambut. Apakah khasiat minyak zaitun untuk rambut? Mari kita perjelaskan sekarang.
Antara masalah utama yang dihadapi di bahagian rambut adalah masalah rambut kering. Minyak Zaitun merupakan salah satu cara berkesan untuk mengelakkan rambut kering. Sehinggakan terdapat beberapa jenama syampu yang kini turut mengandungi minyak zaitun di dalam formulanya.
Selain dari menggunakan syampu yang mengandungi minyak zaitun, anda juga boleh terus melumurkan sedikit minyak zaitun secara terus ke rambut ketika mandi. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilas dengan air.
Khasiat Minyak Zaitun Untuk Wajah
Antara khasiat yang terkandung dalam minyak zaitun adalah vitamin E. Disamping itu ia juga bersifat sebagai pelembap kulit.
Kedua dua khasiat ini sesuai digunakan untuk mengekalkan kecantikan wajah. Anda tidak perlu menambah apa apa ramuan pun untuk mendapatkan khasiat tersebut. Cukup dengan mengambil sedikit minyak zaitun untuk disapukan ke wajah anda.
Bersihkan muka anda dengan air. Kemudian sapukan minyak zaitun asli ke seluruh bahagian muka anda. Biarkan ia kering selama beberapa minit. Bilas semula dengan air yang bersih.
Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kulit
Ingin mengelakkan kulit kering? Minyak zaitun mungkin dapat membantu anda. Sapukan sahaja sedikit minyak zaitun asli ke bahagian kulit yang kering.
Khasiat pelembap dan juga vitamin vitamin yang terkandung dalam minyak zaitun akan menjadikan kulit anda kekal lembap dan sihat.
Khasiat Minyak Zaitun Untuk Payudara
Mungkin anda ada terbaca yang minyak zaitun dapat membantu untuk membesarkan payudara. Sebenarnya, tidak ada kajian yang membenarkan perkara tersebut. Dari segi klinikal, satu satunya cara untuk membesarkan payudara adalah secara pembedahan.
Namun, seperti yang diketahui, minyak zaitun mengandungi bahan bahan yang baik untuk kulit. Oleh itu, penggunaan minyak zaitun pada kulit di sekitar payudara akan membuatkan kulit di bahagian tersebut menjadi sihat.
Khasiat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil
Ibu yang hamil tentunya akan mengalami fenomena regangan kulit. Minyak zaitun tidak dapat menghalang dari berlakunya regangan kulit. Namun demikian, dengan menyapukan minyak zaitun pada kawasan regangan, ia akan membantu mengurankangkan kesan sampingan akibat daripada regangan tersebut.
Sapukan sedikit minyak zaitun di kawasan regangan setiap hari.
Khasiat Minyak Zaitun Untuk Bayi
Hampir setiap bayi mengalami masalah ruam atau “diaper rash”. Minyak zaitun dapat membantu mengawal dari berlakunya ruam dan menjaga kehalusan kulit bayi anda.
Campurkan dua sudu minyak zaitun dengan satu sudu air bersih. Kacau campuran ini sehingga sebati. Sapukan campuran ini ke kawasan ruam.
Penggunaan minyak zaitun tidak digalakkan untuk bayi yang mempunyai masalah ekzema. Kandungan asid di dalam minyak zaitun mungkin akan menjadikannya lebih teruk.
Khasiat Minyak Zaitun Untuk Lelaki
Kajian terkini yang dilakukan di University of Athens, Greece mendapati lelaki yang mengambil 9 sudu minyak zaitun setiap minggu mempunyai kadar testosterone yang tinggi. Mereka juga mempunyai kadar risiko yang rendah untuk mengalami masalah mati pucuk.
Di dalam kajian ini, lebih 600 orang lelaki diberikan diet Mediterranean yang mengandungi campuran minyak zaitun.
Menurut para pengkaji tersebut, minyak zaitun membantu dalam melancarkan peredaran darah. Masalah peredaran darah adalah punca utama berlakunya mati pucuk.
Bagaimana Anda Boleh Dapatkan Kebaikan Minyak Zaitun Ini?
Ini cuma sedikit sahaja kebaikan yang boleh anda dapatkan dari pengambilan dan penggunaan minyak zaitun setiap hari. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak disenaraikan.
Persoalannya sekarang, apakah anda tidak mahu mendapatkan kebaikan kebaikan tersebut? Untuk itu, anda perlulah mempunyai bekalan minyak zaitun di dalam rumah dan mengamalkan pengambilannya setiap hari.