Olivie Plus 30x

Olivie Plus 30x

RM29.90RM119.90

Minyak Zaitun Olive House Olivie Plus 30x memberikan 30x ganda khasiat berbanding minyak zaitun “Extra Virgin” lain. Ia juga adalah 100% Organik.

Kaya dengan Polifenol – Hydroxytyrosol dan Tyrosol.

Clear
Sold By Afiyat Sihat & Suci Report Abuse

Report an abuse for product Olivie Plus 30x

SKU: N/A Category: Tags: , , ,

Maklumat Produk

Olivie Plus 30x Secara Ringkas

Minyak Zaitun Olive House Olivie Plus 30x ini didatangkan dari E-Borouj, Maghribi. Ia dikeluarkan oleh Syarikat Atlas Olive Oils semenjak 1887 lagi. Pengalaman selama 125 tahun menjadikan mereka antara pengeluar minyak zaitun “Extra Virgin” terbaik dunia.

Olivie Plus 30x mempunyai Sijil Organik USDA (United States Department of Agriculture). Sijil ini mengesahkan yang Olivie Plus 30x adalah produk 100% organik. Ia bebas dari sebarang bahan kimia tambahan (seperti racun perosak) yang mungkin membahayakan kesihatan.

Kajian makmal mengesahkan yang satu sudu Olivie Plus 30x memberikan anda 30x ganda khasiat berbanding minyak zaitun “Extra Virgin” lain.

Nak tahu macam mana Olivie Plus 30x dihasilkan? Saksikan video berikut:

Khasiat Minyak Zaitun

Minyak Zaitun, secara amnya mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh anda, antaranya:

  1. Kandungan Polifenol (Hydroxytyrosol dan Tyrosol) yang tinggi. Polifenol membantu dalam melancarkan peredaran darah. Peredaran darah yang baik, seterusnya, membantu mengelak dari berlakunya strok atau serangan jantung.
  2. Vitamin A, D, K dan E. Vitamin vitamin ini membantu meningkatkan sistem imuniti badan. Ia memelihara kulit agar kekal sihat, seterusnya, memperlambatkan proses penuaan.
  3. Asid Linoleik (Omega 3 dan 6). Omega 3 dan 6 membantu dalam mengawal kadar LDL dalam badan. Ia juga memberikan perlindugan dari keradangan, terutamanya di bahagian sendi.
  4. Ontioksidan yang membantu mengurangkan kesan dari tindakan radikal bebas di dalam badan.
  5. Beta Kerotene yang dapat mengurangkan risiko berlakunya katarak pada mata.
  6. Lemak Mono Tidak Tepu yang membantu mengawal berat badan.
  7. Emollien yang dapat mengawal kelembapan dan kesuburan kulit serta rambut.

*Senarai khasiat ini dipetik dari sini.

Jenis Minyak Zaitun

Secara amnya, terdapat 5 jenis minyak zaitun dalam pasaran, iaitu:

  1. Minyak Zaitun Pomace. Minyak yang terhasil dari proses perahan “Hot Press” ke atas hampas buah zaitun yang telah diperah. Kualiti minyak yang paling rendah. Digunakan dalam industri pengilangan untuk membuat produk seperti sabun, syampu dan kosmetik.
  2. Minyak Zaitun Refined. Minyak yang terhasil dari proses perahan “Cold Press” pertama yang kemudian dicampurkan dengan bahan kimia untuk meningkatkan kualiti minyak.
  3. Minyak Zaitun Asli. Minyak yang terhasil dari proses campuran Minyak Zaitun “Refined” dan Minyak Zaitun “Virgin”. Sesuai digunakan dalam masakan.
  4. Minyak Zaitun “Virgin”. Minyak yang terhasil dari proses perahan kedua. Sesuai digunakan dalam masakan dan juga sebagai “salad dressing”.
  5. Minyak Zaitun “Extra Virgin”. Minyak yang terhasil dari proses perahan “Cold Press” pertama dan tidak dicampurkan dengan sebarang bahan lain. Mempunyai kandungan nutrisi tertinggi. Sesuai digunakan sebagai “dressing” atau diminum begitu sahaja.

* Senarai ini dipetik dari sini.

Olivie Plus 30x adalah minyak zaitun dari jenis “Extra Virgin”.

Cara Minum Minyak Zaitun Olive House Olivie Plus 30x

Olivie Plus 30x seeloknya diambil secara konsisten setiap hari. Minumlah 2 sudu besar Oivie Plus setiap pagi dan sebelum tidur.

Sekiranya anda jenis yang tidak berapa nak suka rasa minyak zaitun, bolehlah disusuli dengan satu sudu madu untuk menghilangkan rasa minyak zaitun tersebut.

Cara Menyimpan Minyak Zaitun

Dua musuh utama minyak zaitun adalah cahaya dan haba. Apabila terdedah kepada kedua dua elemen tersebut, minyak zaitun akan cepat menjadi buruk (ia akan berubah warna dan rasa) akibat pengoksidaan.

Bagi mengelak dari berlakunya pengoksidaan, simpan minyak zaitun anda di tempat kering, sejuk dan jauh dari sinaran matahari. Pastikan tudung botol ditutup rapat setelah dibuka.

Harga Olivie Plus 30x

Minyak Zaitun “Extra Virgin” Olivie Plus 30x ini didatangkan dalam dua saiz – 250ml dan 50ml. Harga Olivie Plus 30x adalah seperti berikut:

  1. Sebotol Olivie Plus 30x 250ml – RM119.90
  2. Sebotol Olivie Plus 30x 50ml – RM29.90

 

(Visited 22 times, 1 visits today)

Afiyat Sihat & Suci

0 out of 5
No Reviews Yet

Pembekal produk organik dan “Quranic Food”.

(Visited 22 times, 1 visits today)

More Products from Afiyat Sihat & Suci

Questions and Answers

You are not logged in