Keistimewaan dan manfaat dua ayat Surah Yusuf dan Taha. Al-Qur’an merupakan salah satu anugerah dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya. Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfa’at dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan.
Perdengarkan Bacaan 2 Ayat Pengasih
1. Bacalah ayat 4 dari surah Yusuf
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”
Khasiat ayat ini :
1 – Manis dipandang orang.
2 – Wajah menjadi berseri-seri.
3 – Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.
2. Kemudian sambung membaca surah Taha, ayat 39
“Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii”
Bermaksud:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
Cara mengamalkan kedua-dua ayat ini :
- Baca Kedua-dua potongan surah yusof ayat 4 dan surah taaha ayat 39.
- Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda.
- Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh.
- Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta’awwuz (A’uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.
Tambahan
- Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Kelebihan Lain
- Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak, ahli keluarga, teman-teman dan sahabat handai. Setiap kali bertemu dengan mereka atau siapa sahaja yang kita kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua ayat tersebut di hadapannya. InsyaAllah akan mendapat hasil yang baik dan kesan positif daripada mereka.
- Sekiranya ingin disayangi dalam keluarga, rakan dan masyarakat, maka bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat. Apa yang baik itu datang daripada Allah سبحانه وتعالى dan setiap yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya jua.
Sumber Asal: Sistem Guru Online