Set Pakaian Sekolah Rendah Perempuan

Set Pakaian Sekolah Rendah Perempuan

From RM168.60

Category:

Maklumat Produk

Tudung Sekolah Putih

Mudah dan Selesa. Awning Lembut yang mudah dipakai dan dibasuh. Dihasilkan dengan kain Lycra Korea berkualiti membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya.

Sejuk, Lembut dan Gebu.

KEISTIMEWAAN BAJU SEKOLAH TUDUNGSICOMEL

1. Poket Baju Sekolah dijahit beserta Zip Sorok yang mampu mengelakkan wang Si Comel keciciran. Zip Sorok dipilih kerana ianya kelihatan lebih kemas berbanding Zip Biasa. Ini juga boleh mengelakkan poket terkoyak disebabkan tersangkut di bucu meja (^_^)

2. Poket lebih dalam dari biasa bagi membolehkan barangan di dalam poket Si Comel tidak tercicir jika terlupa dizipkan.

3. Menggunakan material Heavy Koshibo yang lebih berkualiti berbanding kain kapas biasa dan mudah digosok. Material ini kelihatan lebih kemas.

4. Material Putih Kebiruan yang mampu membuatkan baju Si Comel kelihatan sentiasa bersih.

5. Pergelangan tangan dijahit dengan 2 pilihan iaitu dijahit getah (sesuai untuk sekolah agama) dan tidak dijahit getah (untuk sekolah kebangsaan biasa).

6. Jahitan tepi diperkemaskan dengan 2 kali jahitan di beberapa bahagian yang kritikal. Sesuai untuk Si Comel yang lasak (^_^).

Keistimewaan Kain Sekolah Rendah dari TudungSiComel
1. Kain sekolah dari TudungSiComel ini mudah digosok kerana lipatan kainnya dijahit terus.

2. Ianya tahan lasak. Jahitan tepi diperkemaskan dengan 2 kali jahitan di beberapa bahagian yang kritikal. Sesuai sekali untuk Si Comel puan yang sihat dan aktif (^_^).

3. Keselesaan Si Comel puan adalah keutamaan kami. Bahagian pinggang kain ini kami buatkan bergetah penuh. Ianya pasti selesa dipakai..

Questions and Answers

You are not logged in