Kain Sekolah Rendah (Biru)

Kain Sekolah Rendah (Biru)

RM27.50RM31.60

1. Lipatan kain dijahit terus agar mudah digosok.

2. Jahitan tepi diperkemaskan dengan 2 kali jahitan di beberapa bahagian yang kritikal. Sesuai untuk Si Comel yang lasak (^_^).

3. Kain bergetah penuh pasti selesa dipakai.

4. Jaminan 180 Hari!

SKU: N/A Category: Tags: ,

Maklumat Produk

Keistimewaan Kain Sekolah Rendah dari TudungSiComel

1. Kain sekolah dari TudungSiComel ini mudah digosok kerana lipatan kainnya dijahit terus.

2. Ianya tahan lasak. Jahitan tepi diperkemaskan dengan 2 kali jahitan di beberapa bahagian yang kritikal. Sesuai sekali untuk Si Comel puan yang sihat dan aktif (^_^).

3. Keselesaan Si Comel puan adalah keutamaan kami. Bahagian pinggang kain ini kami buatkan bergetah penuh. Ianya pasti selesa dipakai.

Saiz Kain

Berikut adalah ukuran (Inci) untuk setiap saiz yang kita hasilkan. Cadangan umur yang kami cadangkan adalah cadangan sahaja mengikut saiz biasa kanak-kanak.

Namun, untuk memastikan keselesaan Si Comel, kami sarankan rakan-rakan untuk mengukur dahulu pada Si Comel kita sebelum membuat tempahan.

Panduan Mengukur Saiz Kain

Untuk memastikan Si Comel puan SELESA dengan kain sekolah yang kami hasilkan, 2 ukuran yang penting untuk puan ukur adalah:

1. Labuh kain
2. Getah pinggang

Untuk labuh, tiada masalah kerana sekiranya panjang kita boleh potong mengikut kesesuaian nanti (^_^).

*Ukuran mungkin tidak 100% tepat dengan badan Si Comel puan. Ukuran yang kami gunakan adalah ukuran umum kanak-kanak. Sekiranya terlebih/kurang dalam +/- 1 inchi adalah perkara biasa. Seeloknya biarlah lebih sedikit sebab budak akan membesar (^_^).

Sekiranya Si Comel puan bersaiz biasa seperti mana mana rakan sebaya berusia 8 tahun, InsyaAllah saiz SS sesuai.

Jika puan rasa, beliau besar sedikit, puan boleh cuba saiz S.

Namun kami sarankan, sebaiknya, puan ukur dahulu agar mendapat saiz yang lebih tepat.

Sesungguhnya, puan tidak perlu risau. Seandainya saiz yang puan beli tidak sesuai, ia boleh ditukar. Keutamaan kami, keselesaan Si Comel (^_^).

Material Kain

Kain Sekolah Rendah TudungSiComel ini dihasilkan dari material Koshibo. Ianya lembut. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Ini memastikan keselesaan Si Comel.

Jaminan 180 Hari

*Setiap produk yang diperolehi dari TudungSiComel.com adalah di bawah jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.

*Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan TudungSiComel dan ejen ejen.

Questions and Answers

You are not logged in