+60193767551 [email protected]

Program Affiliate

Program Affiliate Anggun Muslimah memberikan anda peluang untuk menjana pendapatan sebagai rakan affiliate. Cara paling mudah untuk anda memulakan perniagaan online. Tiada modal diperlukan.

Langkah langkah untuk menyertai program.

1. Daftar di sini.
2. Dapatkan link affiliate.
3. Dapatkan bahan bahan promosi.
4. Lakukan pemasaran

Komisyen Rakan Affiliate

Secara amnya, setiap produk dalam katalog Anggun Muslimah memberikan komisyen sebanyak 8% kepada para rakan affiliate. Ini bermakna sekiranya ada pelanggan yang membuat belian setelah mereka tiba ke laman Anggun Muslimah menggunakan link affiliate anda, anda akan menerima komisyen sebanyak 8%. Rakan affiliate tetap akan mendapat komisyen sekiranya pelanggan tadi membeli produk yang lain.

Contoh:
“A” tiba ke laman Anggun Muslimah dari link rakan affiliate “B” yang membawa A ke laman Kain Cotton Vietnam. “A” tidak jadi membeli kain. Sebaliknya, “A” membeli produk Advance Slim. Rakan Affiliate “B” akan mendapat komisyen untuk jualan Advance Slim tersebut.

Komisyen 2 Tier

Program Affiliate Anggun Muslimah adalah satu program affiliate 2-tier. Sekiranya ada pelawat yang mendaftarkan diri sebagai rakan affiliate melalui link rakan affiliate anda, setiap jualan yang dibawa oleh link affiliate tersebut turut menjana komisyen untuk anda.

Contoh:
“B” tiba ke laman Anggun Muslimah dari link rakan affiliate “A”. “B” kemudiannya mendaftarkan diri sebagai rakan affiliate dan mula menyebarkan link link affiliate beliau. “C” melihat link affiliate “B” dan berminat dengan produk yang ditawarkan. “C” membuat belian melalui link affiliate “B”.

Rakan affiliate “B” akan mendapat komisyen 8% dari belian yang dilakukan oleh “C”. Rakan affiliate “A” juga akan mendapat komisyen 4% dari belian “C” tersebut.

Bahan Bahan Promosi

Pihak Anggun Muslimah ada menyediakan bahan bahan promosi untuk kegunaan rakan rakan affiliate. Bahan bahan promosi ini berada di dalam ruang affiliate Anggun Muslimah.

Dari masa ke semasa, Anggun Muslimah akan menambah dan mengubah bahan bahan promosi. Rakan rakan affiliate juga digalakkan membuat bahan bahan promosi sendiri supaya kelihatan lebih unik dan original.

Jom sertai kami dan daftarkan diri sebagai seorang Rakan Affiliate Anggun Muslimah.

InsyaAllah.